} -->

Hasil Nukilan Sendiri~

Aku saje2 nak wat novel.. Aku type bila aku boring and idea melambak-lambak jew..

Wednesday, 4 April 2012

Begitu Indah : Prolog

   A
ulia mengerling jam tangannya. Sudah hampir pukul 5 petang. Namun kelibat ayahnya masih tidak kelihatan. Suasana di perpustakaan itu semakin tenang kerana hampir semua orang yang datang ke perpustakaan itu sudah beransur pulang. Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang amat di kenalinya duduk di sebelahnya.
“ Tak balik lagi ke Lia?” tanya Zamir, lelaki yang menghampirinya tadi.
“Ish, kau ni tak Nampak ke aku ada kat sini lagi? Maknanya aku tak balik lagi lah.”
Zamir menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apalah aku ni, tanya soalan yang tak patut di tanya. Cubalah tanya soalan yang logik sikit..
“Lia, sebenarnya aku ada benda nak bagitau kau ni. Tapi kau janji kau takkan marah aku.”
“Apadia?”

Zamir menundukkan kepalanya ke bawah. Memandang tepat ke atas meja. “Sebenarnya aku sukakan kau.”
Julia terkejut. Tetapi dia sembunyikan. “Owh, aku pun sukakan kau. Aku suka semua orang. Sebab korang kan kawan aku.” Julia kata dengan selambanya. Zamir berasa geram. Aku maksudkan lain, dia tafsir lain pula. “Lia, aku sukakan kau lebih daripada seorang kawan. Aku sayangkan kau. Aku nak couple dengan kau. Aku tak nak jadi kawan kau je. Aku nak lebih. Kau faham tak?”
Julia menarik nafas dalam-dalam. Julia cuba bertenang. Memang dia telah di ajar daripada kecil agar sentiasa tenang apabila menghadapi masalah dan tidak membuat keputusan yang terburu-buru.
“Ye, aku faham Mir. Aku bukan budak kecil lagi. Kita dah tingkatan 5 kot. Tapi aku tak boleh terima kau. Tapi bukan sebab kau tak pandai ke, hodoh ke. Aku tak pandang semua tu. Kita masing-masing akan menghadapi SPM tahun ni. Aku tak nak di sebabkan benda nie, kita kecundang, terleka. Masa depan kita masih jauh lagi. Kau mestilah nak mencapai cita-cita kau dulu. Aku pun macam tu juga. Kita masing-masing ada masa depan.”
Zamir memandang tepat muka Julia. Meminta jawapan yang pasti. “Tapi..”
“Tak ada tapi-tapi. Keputusan aku muktamad. Kita kena percaya dengan jodoh ditangan Allah. Kalau betul kau adalah jodoh aku, kita akan berjumpa kembali selepas kita masing-masing dah berjaya. Allah akan menolong kita. Kau jangan risau. Kita hanya mampu berdoa sahaja. Segalanya ketentuan-Nya. Percayalah.”
Kelihatan kelibat kereta Myviberhenti di hadapan pintu. “Ayah aku dah sampai. Aku balik dulu. Ingat kata-kata aku. Kalau kita dah Berjaya nanti, kita pasti akan bertemu kembali. Masa tu lah baru kita bincang kembali soal ini. Sekarang kita tak layak nak membincangkannya sekarang.” Kata Julia sambil berjalan ke arah kereta itu. Zamir melambaikan tangannya. Walaupun hatinya terkilan kerana  di tolak mentah-mentah oleh Julia. Namun dia berpuas hati kerana sekurang-kurangnya Julia tidak akan membencinya selepas ini.
Posted by quan at 23:12
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Begitu Indah

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tajuk cerita yang korang nak carik? Type je kt bwh nie ha....

About Me

My photo
quan
Baru nk ceburi dalam bidang penulisan!!!!!
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  April (3)
      • My life
      • Peluang Kedua
      • Begitu Indah : Prolog
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  June (1)

Followers




Gratisan Musik
Dangling Purple Hearts
Watermark theme. Powered by Blogger.