“Apa dia Honey? Cakap je, Hubby akan sentiasa menjadi pendengar setia Honey.”
“Hubby janji ek yang Hubby tak kan marah?”
“Honey nie. Tak cakap lagi kan? Honey buat Hubby suspend la.”
Qis menyusun ayat untuk diberitahu kepada Irshad agar Irshad tidak terluka.
“Honey, apa yang Honey nak sampaikan nie? Honey ok ke tidak? Honey demam ke?”
“Honey ok je. Hubby janji ek Hubby takkan marah.”
“Ya, Hubby janji!”
“Hubby, sebenarnya mak dan abah dah ada calon suami untuk Honey. Dan mereka dah setuju dengan pinangan tu. Bulan depan Honey kahwin.”
“Honey, jangan memain. Ini perkara serius. Honey bergurau je kan?”
Irshad memegang tangan Qis. Qis menarik tangannya lembut.
“Honey serius. Mak dan abah memang dah cari kan jodoh untuk Honey. Bulan depan majlis ini akan berlangsung. Honey harap Hubby dapat cari orang lain yang boleh membuat Hubby bahagia. Mungkin jodoh kita sampai sini sahaja. Assalamualaikum.” Qis berdiri dan terus melangkah keluar daripada restoran itu. Irshad mengejar Qis. Apabila keluar sahaja, jasad Qis tidak kelihatan. Hujan turun dengan selebatnya. Irshad basah melecun. Hujan yang turun dengan lebat disertakan petir seperti mana hatinya yang terluka begitu parah. Irshad terduduk di hadapan restoran itu. Sementara itu, Qis sedang menyorok di tepi restoran itu sambil menangis teresak-esak.
“Maafkan Honey, Hubby. Honey tidak berniat untuk membuat Hubby terluka. Inilah kali terakhir kita akan berjumpa. Selamat tinggal!” Qis berlalu pergi. Dia meredah hujan yang lebat itu.
