“Apa dia Honey? Cakap je, Hubby akan sentiasa menjadi pendengar setia Honey.”
“Hubby janji ek yang Hubby tak kan marah?”
“Honey nie. Tak cakap lagi kan? Honey buat Hubby suspend la.”
Qis menyusun ayat untuk diberitahu kepada Irshad agar Irshad tidak terluka.
“Honey, apa yang Honey nak sampaikan nie? Honey ok ke tidak? Honey demam ke?”
“Honey ok je. Hubby janji ek Hubby takkan marah.”
“Ya, Hubby janji!”
“Hubby, sebenarnya mak dan abah dah ada calon suami untuk Honey. Dan mereka dah setuju dengan pinangan tu. Bulan depan Honey kahwin.”
“Honey, jangan memain. Ini perkara serius. Honey bergurau je kan?”
Irshad memegang tangan Qis. Qis menarik tangannya lembut.
“Honey serius. Mak dan abah memang dah cari kan jodoh untuk Honey. Bulan depan majlis ini akan berlangsung. Honey harap Hubby dapat cari orang lain yang boleh membuat Hubby bahagia. Mungkin jodoh kita sampai sini sahaja. Assalamualaikum.” Qis berdiri dan terus melangkah keluar daripada restoran itu. Irshad mengejar Qis. Apabila keluar sahaja, jasad Qis tidak kelihatan. Hujan turun dengan selebatnya. Irshad basah melecun. Hujan yang turun dengan lebat disertakan petir seperti mana hatinya yang terluka begitu parah. Irshad terduduk di hadapan restoran itu. Sementara itu, Qis sedang menyorok di tepi restoran itu sambil menangis teresak-esak.
“Maafkan Honey, Hubby. Honey tidak berniat untuk membuat Hubby terluka. Inilah kali terakhir kita akan berjumpa. Selamat tinggal!” Qis berlalu pergi. Dia meredah hujan yang lebat itu.
*********************
“Mak uruskan je la semua benda tu. Qis tak de masa lah nak balik”
“Pasal baju tu, macam mane ek? Tak pe, nanti hujung minggu ni Qis balik.”
Qis meletakkan panggilan telifon.
“Ish, sibuk Nampak bakal pengantin sorang ni.” Tegur Suri.
“Sibuk lah kau.” Marah Qis. “Sorry lah. Janganlah marah2 bakal pengantin. Haha.” Gelak Suri lantas dia melangkah kaki seribu sebelum di baling oleh Qis yang memang sedang menahan kemarahan.
“Budak ni kan memang nak kena tau!” Qis bangkit dan menutup pintu biliknya.
*********************
Irshad membuka surat yang baru di terima olehnya sebentar tadi. Surat itu sebenarnya ialah kad perkahwinan Qis bersama dengan pilihan orang tuanya.
Sampai hati Honey buat Hubby macam ni. Apa salah Hubby. Kenapa menghukum Hubby sedemikian rupa? Teruk sangat ke Hubby ni? Adakah Hubby tak layak untuk Hubby?
Namun semua itu hanya utuk dirinya sahaja. Tiada siapa yang boleh menjawab persoalan tersebut.
“Mungkin ada hikmah. Bersabarlah. Jangan salahkan diri kau tu. Mungkin betul kata Qis yang kau bukan untuk dia. Mungkin kau akan jumpa orang yang lebih baik dari dia. Orang yang bebetul memahami kau. Insya-allah!!” pujuk teman serumahnya.
***************
Suasana di rumah Qis kelihatan sungguh kecoh. Ramai orang yang datang membantu. Sementara itu Qis di dalam bilik. Dia sedang meneliti gambar-gambar dia bersama Irshad.
“Maafkan Honey. Honey tak berniat pun. Honey harap Hubby faham. Honey masih lagi sayangkan Hubby tapi Honey kena jalankan tanggungjawab Honey sebagai seorang isteri apabila Honey sudah kahwin. So, Honey terpaksa melupakan Hubby.”
Sejurus itu, Qis membuang semua gambar yang berkaitan dengan Irshad. Begitu juga dengan barang pemberian Irshad. Qis mengemas biliknya kerana esok Mak Andam akan menghias biliknya. Dia mengikat plastik itu dan membuangnya di tempat pembakaran sampah. Walaupun Qis berasa begitu sedih tetapi hidup mesti diteruskan.
“Kau Nampak cantiklah Qis dengan baju pengantin ini.” Puji Suri.
Baju kebaya yang berwarna hijau tersergam indah pada tubuh Qis. Terserlah keayuaannya. Sesiapa yang pandang pasti akan tertarik.
“Wei, senyumlah sikit. Janganlah kau buat muka macam ni. Karang mak kau nampak sedih pula dia. Cuba senyum. Aku tau susah bagi kau kan?” Tegur Suri.
Namun Qis sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.
“Kau kena tabah sayang oi. Takkan kau nak muka kau kusam macam ni. Meh aku make up lagi. Senyum ok?” Suri menyolekkan Qis.
Qis cuba untuk senyum. Walaupun dia senyum namun hatinya masih lagi sedih. Hari ini adalah hari baru untuk dia. Dia perlu berubah. Dia kena terima kenyataan. Tiba-tiba kedengaran bunyi kompang berbunyi.
“Kompang dah berbunyi tu. Maknanya pengantin lelaki dah sampai. Kau ok tak?”
“Aku cuak lah Suri. Macam mana kalau aku tak dapat jadi isteri yang solehah? Cuak pula aku.”
“Janganlah kau fikir macam tu. Kau boleh punya. Good luck my friend.” Kata Suri. Qis hanya melemparkan senyuman yang dibuat-buat. Hatinya berdebar-debar. Dia sendiri pun tidak mengerti kenapa dia berdebar-debar. Dia bingung. ‘Adakah aku dah bersedia menjadi seorang isteri? Mampu ke aku nak lupakan Irshad?Patut ke aku lari?’ Persoalan dalam dirinya membuatkan dia terfikir.
+ Lari je. Nak buat apa kau kahwin dengan orang yang kau tak kenal?
# Kau gila? Kau nak malukan mak bapak kau ke? Maruah keluarga penting.
+ Maruah keluarga penting? Habis tu maruah kau? Tak penting? Kalau bakal suami kau ni kejam macam mana? Kalau dia dera kau macam mana?
# Bukan ke parents kau kenal dengan parents dia. Takkan la parents kau nak kau kahwin dengan orang yang tak pasti. Parents kau mestilah nak yang terbaik. Parents kau tau yang ni terbaik untuk kau.
+Tak semestinya kalau parents dia baik, dia pun baik. Sekarang ni ramai lelaki yang suka berpoya-poya. Susah kau nak jumpa yang perfect.
# Hey, nobody is prefect in this world. Kau pun. Kau tu perfect sangat ke? Cuba kau renung-renungkan balik. Kau fikirlah yang terbaik untuk kau.
‘Betul juga kan? Maruah keluarga aku. Itu yang utama. Lagipun takkan lah parents aku nak aku kahwin dengan orang yang sebarangan. Mungkin ada hikmahnya.’
Tuk! Tuk! Kedengaran pintu biliknya diketuk. Lamunannya terhenti. Wajah ibunya, Puan Salmah di pintu. Puan Salmah melemparkan senyuman kepadanya. Puan Salmah menuju kearahnya lalu duduk disisinya. Puan Salmah memeluk Qis sambil berbisik, “Pengantin lelaki dah sampai. Sekejap lagi acara akad nikah dan membatalkan air sembahyang akan dilakukan. Qis bersedia ya?” Lantas Qis mengalirkan air matanya.
“Kenapa ni sayang?” tanya Puan Salmah yang jelas kerisauan.
“Emak, lepas ni Qis dah tak boleh nak manja-manja dengan mak. Qis rindukan mak.” Sayu suara Qis. Qis memeluk Puan Salmah. Puan Salmah pun menitiskan air matanya. Dia memandang anaknya lalu mengesatkan air mata.
“Janganlah nangis. Lepas ni kamu akan jadi isteri orang. Nanti kalau kamu rindu ngan mak, kamu ajaklah suami kamu itu datang sini. Tak pun kamu telefon je. Sekarang kan zaman moden. Bukannya dekat kampung ni tak de line telefon. Dah, tak mahu nangis lagi. Malu orang tengok. Jom kita duduk dekat ruang tamu. Majlis akad nikah dah nak dimulakan. Mereka beriringan keluar daripada bilik itu. Qis duduk bersimpuh di sebelah Puan Salmah. Qis termenung jauh. Dia tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah dia disiku oleh Suri. Barulah dia berada di dunia yang nyata. Kini di hadapannya ialah seorang lelaki yang tidak di kenalinya yang merupakan bakal suaminya. Lelaki itu hendak menyarungkan cincin di jari manisnya. Setelah selesai, Qis mencium tangan suaminya dan dia mendapat ciuman di dahi. Qis terasa kelainannya. Dia mendongakkan kepalanya. Qis memandang tepat ke arah lelaki itu. Lelaki itu mempunyai rupa paras yang kacak. Mukanya berwarna kuning sawa matang, anak matanya yang hitam membuatkan dia tampak lagi kacak. Hati Qis berdebar-debar secara tiba-tiba.
“Hoi, kalau nak menatap muka suami kau tu tunggulah lepas majlis ni selesai. Gelojohlah kau ni.” Tegur Suri. Qis tersentak. Dia malu sendiri.
**************
Di dalam bilik kelihatan sepasang pasangan pengantin sedang duduk berbincang. Qis duduk di atak katil, manakala suaminya duduk di atas sofa panjang yang memang terdapat di dalam bilik itu. Mereka kelihatan seperti sedang membincangkan sesuatu.
“Nama aku Imran Zamir. Kau boleh panggil aku Im je. Kau Qistina kan? Aku tau pun masa akad nikah tadi.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Qis hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku tau kau mesti tak ready lagi kan? Actually aku pun. Tapi nak buat macam mana, parents yang tentukan. Eerrr… aku tak tau la nak cakap apa lagi.” Im menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.
“Actually saya pun tak tau nak cakap apa. Kita berehatlah. Lagipun mesti awak penatkan. Awak tidurlah.” Usul Qis. Im berjalan ke arahnya lalu naik ke atas katil itu. Qis terkejut.
“Awak nak buat apa ni?”
“Aku nak tidurlah. Tadi kau suruh aku tidur kan? Qis menelan air liurnya. ‘Tidur dengan lelaki ni? Tak nak aku. Kalau dia ambil kesempatan macam mana?’
“Tak boleh. Awak tak boleh tidur dekat sini.”
“Then aku nak tidur dekat mana? Aku dah mengantuk ni.”
“Awak tidur dekat situ. Dekat sofa tu.”
“Gila? Tak nak aku. Sakit badan aku nanti.”
“Takkan lah saya pula nak tidur dekat situ. Be gentleman la. Awak lelaki, saya perempuan.”
Im mengeluh. “yela-yela. Aku tidur sana.” Im menarik bantal dan selimut lalu menuju ke sofa itu. Dia baring dan terus tertidur.

No comments:
Post a Comment