“Nape? Kau nak ikut ke?”
“Memang aku nak balik dengan kau pun, tapi kau tak kisah ke?”
“Nape lak aku nak kisah?”
Mana la tau kalau kau balik dengan buah hati kau tu ke?”
“Tak la. Aku tak balik dengan dia ari ni. Dia masuk kerja kejap lagi.”
“Owh. Patutlah tak Nampak batang hidung dia lagi. Biasanya dah sampai dah.”
*************
Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku..<Ringtone>
“Hello. Mak apa khabar? Sihat?” Tanya Qis kepada ibunya.
“Mak sihat je. Kamu? Sihat?”
“Saya pun baik-baik aje kat sini. Nape mak telefon ni?”
“Mak nak suruh kau balik kampung. Ada perkara yang kita perlu bincang.”
“Tak boleh ke kalau kita bincang sekarang, mak?”
“Tak. Benda ni kita kena bincang secara depan-depan.”
“Owh, okey. Jumaat ni Qis balik kampung. Nanti mak kirim salam kat abah tau?”
“Insya-allah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Qis meletakkan telefonnya.
Huh! Qis mengeluh.
“Nape kau Qis?” Tanya Suri, kawan serumahnya.
“Tadi mak aku telefon?”
“Wau, baguslah! Yang kau mengeluh tu nape? Tak suka ke kalau mak kau telefon?”
“Takde lah. Aku just curious.”
“Ha? Nape pulak? Kau gaduh dengan mak kau ke?”
“Ish, kau ni! Nape pulak aku nak gaduh dengan mak kau? Ribut pun tak de.”
“Then?”
“Mak aku suruh balik kampung.”
“Baguslah. Apa masalahnya. Nape kau tak nak balik kampung?”
“Bukan tulah masalahnya. Kau ni. Aku tak habis cakap lagi.”
“Okey-okey. Sorry. Teruskan.”
“Mak aku cakap ada benda yang nak dibincangkan. Aku pun tak tau apa. Aku tanya, mak aku suruh balik kampung juga. “
“Owh. Tu yang kau mengeluh. Apa susah. Kau balik jela. Nanti kau tau la apa yang mak kau nak bincangkan tu. Kan senang. Tak de la kau nak pening-pening kat sini, betul tak?”
“Ish! Cakap dengan kau ni memang tak membantu betul lah.” Qis terus membalingkan bantal yang berada ditangannya ke arah Suri. Lantas dia terus masuk ke dalam biliknya.
“ Ada ke patut akau yang kena baling? Aku bagitahu apa cadangan aku. Tak patut betul la perempuan ni.” Ngomel Suri.
Di dalam bilik, Qis sedang memikirkan kata-kata emaknya.
Aku ada buat salah ke? Aku tak kirim duit ke? Aku dah lama tak balik kampung ke? Tapi setahu aku, bulan lepas aku ada kirim duit, aku balik kampung. Then? Kenapa? Entah-entah mak aku nak kahwinkan aku tak? Ish! Apa kau mengarut ni Qis. Karang betul-betul mak kau kahwinkan kau dengan orang yang kau tak kenal, tak tahu. Padan muka kau masa tu. Ish! Daripada aku kusutkan kepala aku dengan fikir pasal benda ni, lebih baik aku pergi mandi. Ringan sikit kepala aku ni.
Lantas Qis pun mengambil tuala lalu bergegas ke bilik air. Semasa Qis sedang mandi, telefon bimbitnya berbunyi.
Hubby calling…
Sebaik sahaja Qis selesai mandi, dia menunaikan solat. Sejurus dia menunaikan solat, dia pergi ke arah katilnya. Dia merebahkan badannya.
3 missed calls from Hubby
Lantas dia memberi SMS.
~Hye! Hubby! Ngah wat apa?
-Tak de wat pape. Ngah tunggu Honey la. Nape Honey tak angkat Hubby call?
~Honey mandi tadi la. Camne Honey nak angkat.
-Owh. Honey mandi tak ajak pun Hubbby kan?
~Mane ade. Honey dah ajak kan? Hubby yang tak nak ikut. Jangan salahkan Honey, ek?
-Saje je nak lepaskan diri. Weyh, Hubby nak mandi ni. Nak ikut? Jom.
~Eee.. Busuk! Pergi mandi la. Honey tak nak ikut. Honey dah mandi dah.
-Yela-yela. Honey tunggu ek? Hubby nak pergi mandi. Kejap lagi sambung balik ek? Jangan Honey tidur lak.
~Ye..
Qis tersenyum sendiri. Dia melihat gambar mereka di screen telefonnya. Gambar itu di ambil ketika mereka keluar berdua ke taman untuk pertama kalinya mereka keluar bersama. Sedang dia menatap gambar itu, dia tertidur.
**************
“Mak, Qis dah sampai.”
“Eh? Bila kau sampai? Tak dengar pun bunyi kereta.”
“Baru je mak. Mak je yang tak perasan. Yela, mak kalau dah berbual dengan Mak Senah ni memang tak ingat dunia. Anak sampai pun tak sedar.” Lantas Qis menyalam emaknya dan Mak Senah.
“Ish! Bertuah punya anak. Ada ke patut cakap macam tu. Kecil hati Mak Senah tu.”
“Tak de la. Aku tak kisah pun Salmah. Sekurang-kurangnya ada juga tukang penghibur hati. Tak de la aku muram je.” Kata Mak Senah.
“Tengok, mak. Mak Senah tak kisah pun. Mak ni. Tu la namanya gurauan. Penghibur. Nanti tak de la muka nampak sangat dah tua. Betul tak Mak Senah?” Tanya Qis sambil memeluk Mak Senah. Mak Senah tersenyum sahaja melihat gelagat Qis. Mak Senah membalas pelukan Qis sambil mencium dahi Qis.
“Tengok tu? Dah besar panjang pun masih lagi mengada-ngada.” Kata mak Qis.
“Mak cemburu la tu.”
“Kamu ni ada aja menjawabnya. Kalau kita cakap sepatah, dia balasnya dua patah. Tak pernah tak menjawab. Ada aja.”
“Hehe.. Mak, abah mana? Tak nampak pun dari tadi. Kat rumah pun sunyi je.”
“Abah kau. Kau tau je la abah kau tu. Kalau petang-petang begini, kat mana lagi dia nak pergi. Kat sawah la. Nape? Kau nak pergi tengok abah kau ke?”
“A’ah! Dah rindu dah dengan abah. Qis nak pergi ke sawah dulu ye mak?”
“Emm. Yela. Pergilah. Jalan elok-elok.”
Mak Senah hanya menggelengkan kepalanya.
“Dah besar panjangkan anak kamu tu Salmah? Tunggu orang datang meminang je.”
“Memang pun. Ni ada orang datang meminang. Aku nak berbincang dengan dia mengenai ini. Aku harap die tidak menolak. Yela, dia je satu-satu nya anak aku. Aku tak nak tengok nanti bila dia dah kahwin, hidup dia terseksa. Aku nak dia hidup bahagia. Nanti bila aku tak de, ada orang yang menjaga dia nanti.”
“Betul cakap kamu. Siapa nama budak tu? Dia dari mana? Baik ke? Kamu dah selidik latar belakang dia dulu?”
“Aku dah selidik dah. Ala, anak kawan abahnya. Mereka memang kawan rapat. Tu yang aku setuju je. Mestilah abahnya tau latar belakang budak tu. Buruk baik budak tu.”
“Kalau macam tu tak mengapa lah. Aku pun tak nak budak tu besok merana. Bercerai-berai.”
“Aku pun tak nak benda tu berlaku kat anak aku. Tak sanggup aku. Lagipun, aku kahwinkan dia bukan untuk kesenangan aku. Untuk kesenangan dia juga.”
“Betul tu,”
“Eh? Aku nak sediakan makan malam untuk anak kesayangan tu. Dia dah jemput abah dia. Aku masuk dululah. Assalamualaikum.”
*********************
“Qis, mak nak bincang dengan kau ni,”
“Ada apa mak?”
“Qis, minggu lepas ada orang datang meminang. Budak tu kawan abah kau. Kami terima je lah. Kau macam mana Qis? Setuju?”
Qis terkejut. “Nape mak terima? Mak tak tanya pun lagi Qis kan? Kenapa senang-senang je mak terima? Yang nak kahwin tu Qis. Mana tau kalau Qis kahwin dengan budak tu, hidup Qis lagi merana? Macam mana?”
“Qis, mak tau budak tu macam mana. Mak kenal dia tu. Dia tu anak kepada kawan abah kau.”
“Sampai hatikan mak buat Qis macam ni.” Qis terus lari ke bilik sambil mengesat air matanya yang di tahan dari tadi. Qis terus menutup pintu bilik dengan kuat.
“Macam mana ni abahnya?”
“Kau biarkan aja dia tu. Nanti dia sejuklah sendiri. Bagi dia ruang untuk berfikir.”
Sementara itu di dalam bilik, Qis menangis semahu-mahunya. Dia bercadang untuk menelefon kekasih hatinya, Irshad. Tetapi selepas dia berfikir berkali-kali, dia bercadang untuk tidak menelefon kerana dia tidak mahu keadaan bertambah huru-hara. Cukuplah dengan dia terkejut mendengar berita itu. Dia bercadang untuk mencari masa yang sesuai untuk memberitahu Irshad. Qis menangis lagi. Tersedu-sedu. Lama-kelamaan, Qis tertidur akibat terlalu penat menangis.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Qis terjaga dari tidurnya.
‘Tertidur rupanya aku.’ Lantas Qis terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhuk untuk Solat Subuh. Usai sudah solat, dia memohon kepada Allah agar di berikan petunjuk kepada segala yang berlaku kepadanya. Setelah agak lama dia berteleku di atas sejadah. Qis pun melipat sejadah dan kain telekungnya. Lalu dia duduk dibirai katilnya. Dia berfikir berkali-kali perbualan antara dia dengan kedua ibu bapanya. Dia mengambil keputusan yang dia redha dengan ketentuan ibu bapanya. Kini, dia hanya memikirkan cara untuk memberitahu kepada Irshad. Dia tidak mahu Irshad terluka kerananya. Dia tidak ingin orang disekelilingnya terluka lagi.
‘Aahh!! Benda ni aku boleh fikir nanti kat Kl. Sekarang aku kena beritahu mak aku yang aku tak kisah.’
Qis keluar dari biliknya, menuju ke dapur. Dia melihat emaknya sedang memasak. Lantas, dia memeluk emaknya daripada belakang.
“Morning, mak!”
“Ishh!! Kamu ni Qis. Nasib baik mak tak pengsan dekat sini. Nanti siapa yang susah?”
“Ala, mak! Janganlah marah. Nanti tak lawa muka mak lagi.”
“Pandai lah kamu. Eh? Dah reda marah kamu tu?”
“Emm… Mak, Qis dah malas dah nak fikir pasal benda ni. So, Qis ikut je cakap mak. Lagipun, syurgakan di bawah telapak kaki ibu? Betul tak?”
“Betul ni kamu tak kisah?”
“Ye mak. Saya tak kisah pun. Mak tetapkanlah tarikh semua. Barang-barang pun mak belikan. Qis ikut je.”
“Baiklah.”
“Baiklah.”
“Sayang mak!”
Qis memeluk emaknya dengan erat. Emaknya mencium dahi satu-satunya anak kesayangannya.

No comments:
Post a Comment