} -->

Hasil Nukilan Sendiri~

Aku saje2 nak wat novel.. Aku type bila aku boring and idea melambak-lambak jew..

Friday, 6 April 2012

My life

                Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya. Aku dibesarkan di sebuah kampung yang sangat terpencil. Aku tinggal di situ bersama-sama dengan ibu bapaku dan nenekku. Sejak kecil lagi aku telah dibesarkan oleh nenekku. Ibu bapaku masing-masing sibuk bekerja. Mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup kami.
                Semasa aku darjah 4, aku tak pernah berjumpa dengan ayah aku selama beberapa bulan walaupun hari minggu. Ayah aku pergi bekerja sebelum aku bangun daripada tidur dan hanya akan pulang ke rumah selepas aku tidur. Tapi aku tidak pernah merungut kerana aku tahu ayah aku mempunyai alasan tersendiri. Dia perlu berusaha keras untuk menyara hidup kami. Emak aku pun sibuk bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk di luangkan bersama-sama.  Walaupun aku masih boleh berjumpa dengan emakku, namun kesibukan mereka membuatkan aku jarang rapat dengan mereka. Disebabkan aku telah dijaga oleh nenek aku sejam dari kecil lagi, aku lebih rapat dengan nenekku berbanding mereka. Aku amat menyayangi nenekku.
                Di rumah pula, memandangkan aku anak yang sulung, jadi semua kerja-kerja di rumah aku yang lakukan bagi meringankan beban nenek aku. Aku mengemas rumah, membasuh baju dan semenjak aku kecil lagi aku telah di ajar untuk memasak. Semuanya aku mampu lakukan sendiri ketika aku kecil. Semasa aku darjah 6, cikgu telah memberikan kepadaku borang untuk kemasukan ke asrama penuh. Aku tahu bahawa itu ialah rezeki aku dan peluang aku untuk melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja rumah yang memenatkan. Justeru itu, aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku mesti mendapt 5A dalam UPSR. Apabila keputusan di umumkan, aku akhirnya mendapt 5A. aku berasa sungguh gembira. Akhirnya impian aku tercapai juga. Aku terpilih untuk memasuki ke asrama penuh di negeriku. Walaupun tidak jauh, namun aku masih lagi bersyukur.
Semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1, aku telah di hantar oleh ayahku. Aku  sangkakan ayahku tidak dapat menghantar aku kerana dia sibuk bekerja akhir-akhir ini. Semasa di tingkatan 3, aku akan menduduki PMR. Namun aku hanya memandang enteng sahaja. Keluargaku amat berharap agar aku mendapat 8A dalam PMR. Aku tidak mempedulikan harapan mereka. Aku makin alpa dengan kehidupanku di asrama. Apabila keputusan diumumkan, aku sangat kecewa kerana aku mendapat keputusan yang tidak memuaskan aku.
                Semenjak daripada itu, aku menjadi semakin malas dan nakal. Aku tidak mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku kepada aku semasa di tingkatan 3. Sehinggalah tiba satu hari, di mana aku kemunculan seorang insan yang begitu bermakna di dalam hidupku. Dia telah mengubah hidup aku. Dia sedar dengan kemunculan aku selama ini. Aku pula, tidak pernah menyedari kemunculannya. Dia cuba mendekatiku. Dia memberi aku pelbagai nasihat dan semangat. Aku pelik juga kerana selama ini, jika orang lain yang memberi nasihat, aku pasti akan melenting dan membiarkan sahaja nasihat itu seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia memberikan aku semangat semula untuk belajar. Insan yang bertuah itu ialah Zahran. Dia selalu berpesan kepadaku. Selepas itu, aku mula berubah. Berubah ke arah yang positive. Aku menjadi seorang yang rajin dan tekun belajar. Aku selalu beganding dengan dia dalam peperiksaan. Semua rakanku sangat terkejut akan perubahan drastik aku.  Tapi dalam waktu yang sama, mereka sangat gembira. Setiap kali masa cuti, aku akan habiskan waktuku untuk belajar di perpustakaan awam bersama-sama dengannya. Dia betul-betul membuatkan aku sedar akan kepentingan belajar. Aku harus mengubah masa depan keluargaku. masa depan mereka berada di dalam tanganku.
                Semakin hampir dengan SPM, semakin kerap aku pergi ke perpustakaan. Semakin tekun aku belajar. Kali ini aku belajar tanpa mengerti penat dan berputus asa. Dia sebagai pendorong aku untuk belajar. Tapi kadang-kadang aku berasa sangat kecewa. Semenjak aku melangkah kaki aku sebagai pelajar tingkatan 5, ayah aku tidak pernah menjejakkan kakinya di asrama. Kebiasaannya emak aku yang akan menghantar aku. Tapi, dia hadir di saat aku hampir rebah dan memberi aku semangat. Aku mula berfikiran positive. Kemungkinan ayah aku sedang sibuk mencari duit untuk menampung kehidupan kami memandangkan pada tahun itu, 3 orang daripada 5 orang adik beradik aku akan menghadapi peperiksaan yang penting. Dan aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh agar aku dapat membalas jasa ayah dan emak. Apabila keputusan diumumkan, aku mendapat 9A. aku sungguh gembira dan bersyukur walaupun aku tidak mendapat 9A+. Aku tahu pasti ada hikmah di sebaliknya. Keluarga aku menyambut kejayaan aku. Selepas 3 bulan, aku mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di situ aku mengambil jurusan farmasi memandangkan aku begitu minat dengan bidang ini.
                Sekarang aku ialah seorang farmasi. Aku mampu untuk tanggung ibu bapaku. Aku menjaga mereka dan meluangkan masa bersama dengan mereka. Aku tahu duit tidak mampu untuk membalas semua jasa mereka. Ketika usia aku mencecah umur 25 tahun, Zahran telah melamar aku. Zahran juga telah menjadi seorang yang sangat berkejaya sekarang. Dia bekerja sebagai seorang jurutera yang berjaya. Kami di satukan selepas 4 bulan bertunang. Sekarang aku mempunyai sebuah keluarga yang sangat ceria dan bahagia.
Posted by quan at 01:47
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerpen

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tajuk cerita yang korang nak carik? Type je kt bwh nie ha....

About Me

My photo
quan
Baru nk ceburi dalam bidang penulisan!!!!!
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  April (3)
      • My life
      • Peluang Kedua
      • Begitu Indah : Prolog
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  June (1)

Followers




Gratisan Musik
Dangling Purple Hearts
Watermark theme. Powered by Blogger.