} -->

Hasil Nukilan Sendiri~

Aku saje2 nak wat novel.. Aku type bila aku boring and idea melambak-lambak jew..

Thursday, 5 April 2012

Peluang Kedua

Aku ini boleh dikatakan sebagai seorang yang gila kerja. Aku bekerja di sebuah syarikat milik keluargaku. Selepas kematian ayahku, aku menjadi seorang yang sangat rajin bekerja. Aku sudah pun mempunyai sebuah keluarga. Cukup segalanya. Aku ada dua orang anak yang sangat baik dan comel. Mereka tidak pernah menyusahkan aku. Mereka sentiasa memahami keadaan diriku yang sentiasa sibuk. Kadang-kadang dalam satu hari, aku tidak pernah berjumpa dengan mereka. Aku tidak pernah meluangkan masa bersama-sama dengan mereka seperti keluarga yang lain. Aku lebih pentingkan kerja-kerja aku di pejabat berbanding anak-anak dan suamiku. Pernah suatu hari Irfan,suamiku menegur sikapku. Aku seperti mengabaikan kebajikan anak-anak dan dirinya.  Namun aku hanya mengambil ringan sahaja. Bagi aku, kerja lagi penting daripada keluarga. Jadi, anak-anakku lebih rapat dengan Irfan berbanding aku, ibunya. Setiap hari Ahad, Irfan akan membawa anak-anakku bermain-main di taman permainan berdekatan rumah kami.

Suatu hari, ketika Irfan dan anak-anakku pergi ke taman permainan, sesuatu yang tidak di ingini berlaku kepadaku. Aku di serang sakit kepala yang sangat teruk ketika mengemas ruamh. Pada awalnya aku sangka bahawa aku hanyalah di serang sakit kepala biasa, jadi aku hanya mengambil penadol dan merehatkan badanku di dalam bilik. Aku tidak sedar bahawa aku sudah terlena. Aku terjaga ketika jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengahhari. Aku bangkit lalu pergi ke dapur untuk memasakkan makanan untuk makan tengahhari ini. Ketika kakiku mencecah ke tangga yang terakhir, aku terasa sangat pening lalu aku rebah di situ. Aku kaku. Tidak mampu untuk bergerak. Sangkaku ajalku sudah sampai. Sejurus kemudian, aku ternampak kelibat Irfan menuju ke arahku dengan muka yang cemas. Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Semuanya kelihatan samar-samar dan semakin lama semakin gelap.
Aku terjaga ketika aku mendengar orang memanggil namaku. Aku memandang di sekeliling. Semuanya nampak sangat janggal padaku. Aku cuba mengingati apa yang telah berlaku dan di mana aku berada. Tetapi sakit di kepalaku menghalang niatku untuk mengingati kembali. Aku memandang ke kanan. Irfan memandangku dengan senyuman yang di hadiahkan untukku. “Tadi ayang pengsan. Nasib baik abang tergerak hati nak balik awal. Jadi abang bergegaslah bawa ayang datang ke hospital,” terang Irfan dengan mendalam seperti mengerti apa yang sedang aku fikirkan. Aku mencuba untuk duduk. Irfan membantuku. “Sayang nak air ke? Sayang mesti hauskan? Dah lama ayang pengsan ni.” Irfan menghulurkan air kepadaku. Dia membantu aku memegang cawan itu memandangkan aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengangkat cawan itu. “Eemm.. Abang, dah berapa lama ayang pengsan?” aku mengeluarkan apa yang ada di dalam fikiranku. “Sayang pengsan lama juga la.. 3 jam sayang tak sedarkan diri. Takut abang tadi. Sekarang sayang dah ok ke belum?” “Ayang rasa lagi better la..” “Betul ni sayang? Abang risaukan ayang ni.. Sayang berehatlah dulu. Ni abang ada bawa kan makanan untuk sayang. Sayang mesti lapar kan?”
Aku termangu seketika. Aku sangat terharu akan sikap Irfan. Walaupun aku sering mengabaikan dia, namun dia masih lagi di sisi aku. “Bolehlah.. lagipun ayang rasa lapar pula..” “Ok. Abang suapkan ek?” Muka aku serta merta merah. Aku malu sendiri. “Takpe la. Ayang boleh suap sendiri.” Walaupun aku menolak, namun Irfan masih lagi berkeras untuk menyuapku. Aku hanya akur sahaja. Sebaik sahaja aku selesai makan, aku berborak-borak dengan Irfan. Kira-kira dalam 1 jam kemudian, aku berasa mengantuk. Pada mulanya aku ingin bertahan kerana aku ingin berborak dengan Irfan lagi namun Irfan perasan dan menyuruh aku untuk tidur kerana mungkin aku masih lagi di dalam pengaruh ubat yang diberi oleh doktor.
Aku terjaga ketika aku mendengar suara yang amat aku kenali sedang berbual dengan seseorang. Aku mendekati pintu. Aku mencuri perbualan mereka.
“Saya harap encik dapat terima berita ini dengan tenang dan sabar, ya.”
“Doktor, apa sebenarnya yang berlaku dengan isteri saya doktor?”
“Hurrmm.. sebenarnya isteri encik berkemungkinan menghidap penyakit yang merbahaya. Isteri encik menghidap penyakit barah otak.”
“Apa? Doktor, ini tak kelakar. Doktor jangan nak buat lawak.”
“Encik Irfan, ini ialah perkara yang serius. Saya  tak main-main.”
Aku terpana. Aku bergerak ke arah katil ku. Aku berasa seperti di hempap dengan batu yang sangat besar. “ Ya Allah. Besarnya ujian yang Kau bagi kat hambamu ini.” Irfan melangkah masuk. Dia sangat terkejut kerana melihat aku menangis. Dia menegurku.
“Sayang, kenapa nangis ni? Sayang sakit ke?”
Aku tidak mampu untuk meluahkan kata-kata. Aku terkedu. Air mata mengalir keluar dengan laju tanpa di seka. Aku buntu.
“Abang, betul ke apa yang ayang dengar? Abang bagitahu kat ayang.”
“Apa yang ayang dengar? Cuba bagitahu kat abang.” Irfan cuba berdalih.
“Abang tak perlu nak tipu ayang lagi. Ayang dah dengar segalanya. Ayang memang tak ada harapan untuk hidup lama lagi kan?”
“Apa yang ayang cakap ni? Sayang, tu semua hanya lah prediction. Tak confirm lagi. Sayang percayalah cakap abang yang ayang tak apa-apa.”
Aku tak percaya dengan semua kata-kata Irfan. Aku membaling semua barang yang berdekatan dengan aku ke arah Irfan. Aku betul-betul hilang semangat selepas mendengar semua itu. Aku menangis semahunya. Aku terduduk di situ. Irfan bergegas datang ke arah. Lalu dia memeluk diriku. Dia cuba memujukku. Aku tidak mampu untuk berfikir apa-apa. Aku berasa sangat kecewa ketika itu. Aku memeluk Irfan dengan erat. Kepalaku di usap-usapnya agar aku bertenang. Setelah agak lama dalam keadaan seperti itu, Irfan mengangkatku agar baring di atas katil. Dia pun baring di atas katil bersama denganku.
Aku tidak sedar bila aku terlelap. Ketika itu aku berasa cukup tenang walaupun hatiku sangat remuk berkecai. Aku hanya sedar apabila Irfan mengejutku untuk makan ubat. Aku menolak semua ubat. Aku tidak mahu makan walaupun sedikit. Bagiku tiada gunanya aku makan jika aku memang betul-betul menghidapi penyakit itu. keadaan aku ketika itu sangat teruk. Berat badan aku turun dengan mendadak. Rambut aku mulai gugur. Irfan kelihatan sangat resah. Pelbagai cara yang telah Irfan lakukan untuk menggembirakan aku, namun semua itu tidak berhasil. Semua itu hanyalah sia-sia. Setiap hari aku dikunjungi oleh keluargaku dan anak-anakku. Mereka cuba menghiburkan hatiku. Namun aku masih lagi tidak berubah.
Suatu hari, Irfan membawa aku bersiar-siar ke taman di hospital. Doktor berpesan supaya aku menghirup udara segar agar fikiran aku tenang. Ketika aku duduk di sebuah kerusi, aku di datangi oleh seorang budak yang berusia dalam lingkungan 6 tahun. Ketika itu aku bersendirian kerana Irfan membelikan aku air.
“Assalamualaikum mak cik. Nama saya Syafirah. Panggil saya Fyra. Selamat berkenalan.”
“Waalaikummussalam. Nama mak cik Akma. Fyra sorang-sorang je ke?”
“A’ah. Fyra sorang je. Saja nak jalan-jalan. Mak cik, nak tanya soalan boleh?”
“Owh. Fyra nak tanya apa? Tanyalah.”
“Mak cik sakit apa? Muka mak cik pucat sangat.”
“Owh. Mak cik menghidap penyakit barah otak.”
“Owh. Saya turut bersimpati.”
“Emm.. Nape Fyra masuk hospital? Mak cik tengok Fyra sihat je. Tak nampak macam sakit pun.”
“Sebenarnya Fyra menghidap penyakit paru-paru berair. Doktor cakap yang Fyra hidup tak lama. Kemungkinan Fyra hanya mampu hidup untuk sebulan je.” Ketika aku mendengar itu, aku berasa sangat terkejut. Aku turut berasa simpati. Sayu hati aku mendengarnya.
“Tapi mak cik tengom Fyra macam tak sakit je.”
“Sebenarnya kita yang menetukan sama ada ingin mati lebih awal ataupun tidak. Ini semua berkaitan dengan kawalan fikiran. Kita yang mengawal kehidupan kita. Kita yang merancang apa yang akan berlaku kepada kita. Jika kita kuat untuk menghadapi dugaan yang kita terima, Insya-Allah Allah akan tolong kita. Kita kena menggunakan peluang yang di berikan. Jika kita terlampau ikut kan kata hati, buruk padahnya. Lagipun, Allah tak akan menguji seseorang hamba-Nya melainkan Dia tahu kita mampu untuk menempuhinya. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Seperti saya, dulu parents saya selalu ignore saya kat dalam rumah. Masing-masing sibuk dengan kerja. Sehinggalah saya di sahkan menghidap penyakit ini. Sekarang mereka selalu memberikan perhatian kepada saya. Saya bersyukur kerana saya mampu bergembira bersama keluarga sebelum saya menghembuskan nafas terakhir.”
Aku terkedu mendengar kata-kata Fyra. Aku termangu sebentar. Aku tersedar ketika Irfan memanggil aku. Aku tercari-cari kelibat budak itu. Tapi tidak kelihatan. Aku memandang ke arah Irfan. Ketika itu aku perasan yang badannya juga mula susut. Mungkin dia bimbang dengan keadaan aku yang tidak terurus ini. Aku bertambah sayu di hati. Tapi senyumannya tidak pernah lekang daripada bibirnya yang manis itu. Ketika itu juga datang semangat baru dalam diriku ini. Semangat ingin teruskan hidup dengan tenang dan sabar walaupun ianya pahit untuk di lalui. Aku bertekad.
Petang itu, aku dikunjungi oleh keluargaku serta anak-anakku. Aku amat merindui mereka. Aku memeluk mereka dengan semahunya. Keadaan ini membuatkan aku bertambah tekad untuk meneruskan perjuanganku dengan tabah. Setiap hari aku dikunjungi oleh kaluargaku. Bilik aku di hospital itu bertambah meriah dan ceria. Begitu juga dengan keadaan aku ketika itu. Satu hari, Irfan memberi cadangan agar aku di periksa sekali lagi bagi mengesahkan penyakitku. Aku di temani oleh Irfan ketika itu. Seminggu selepas itu, keputusan bagi pengesahan itu di keluarkan. Aku berasa sangat takut. Aku memegang erat tangan Irfan. Tanganku begitu sejuk ketika itu. Irfan menenangkan aku dengan memegang tanganku. Aku terasa seperti satu semangat yang menjalar daripada tubuh Irfan kepadaku. Aku memandang Irfan. Dia memahami kegusaran yang terpancar di mukaku. Dia memeluk tubuhku. Seketika kemudian, doktor memanggil namaku. Aku dan Irfan masuk bersama-sama di dalam bilik itu. Doktor menyerahkan keputusan itu. Aku membukanya dengan berhati-hati. Debaran semakin terasa.
Aku melihat keputusan itu. Air mataku mengalir sebaik sahaja aku melihatnya. Air mata yang mengalir ini bukannya air mata kesedihan tetapi air mata kegembiraan. Alhamdulillah. Aku disahkan tidak menghidapi sebarang penyakit. Aku sangat bersyukur ketika itu. Lantas aku memeluk Irfan. Doktor memberitahu bahawa keputusan sebelum ini ada berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tidak dapat di elakkan. Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana disebabkan peristiwa ini, aku telah sedar akan tanggungjawab aku yang telah aku abaikan selama ini. Pada hari itu juga aku dibenarkan pulang. Sebelum pulang ke rumah, aku harus selesaikan persoalan yang bersarang di kepalaku ini. Aku pergi ke bilik doktor tersebut. Ada persoalan yang memerlukan jawapan yang segera.
“Doktor, saya ingin bertanya sesuatu kepada doktor.”
“Ya, silakan.”
“Dekat hospital ini ada tak pesakit yang bernama Syafirah? Tak silap saya dia menghidap penyakit berlubang.”
“Ada. Tapi macam mana Puan Akma boleh kenal ya? Tak silap saya dia telah meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Aku terkedu. Tapi yang aku jumpa dan memberikan aku semangat itu siapa? Aku tertanya-tanya.
“Puan Akma.” Doktor memanggil namaku setelah aku terdiam untuk masa yang lama.
“Emm.. tak ada pape. Terima kasih doktor.” Lantas aku keluar daripada bilik itu. Irfan pelik melihat perangai aku. Namun dia tidak pula menegur aku. Sekarang baru aku faham kenapa budak itu muncul depan aku. Dia hendak memberikan semangat kepada aku agar hidup aku mesti di teruskan. Aku tidak boleh berhenti berharap kerana begitu ramai orang yang menanti aku. Yang memerlukan aku lagi. Setibanya aku dirumah, aku disambut meriah oleh keluargaku. aku berasa sungguh terharu. Aku berjanji kepada diriku ini agar aku akan lebih menghargai orang yang berada di sekeliling aku. Semenjak daripada itu, setiap kali hujung minggu aku akan meluangkan masa bersama dengan keluargaku. Jika cuti sekolah, aku akan membawa mereka pergi bercuti.
Aku memandang permandangan yang indah. Sedang aku leka, Irfan datang memeluk tubuhku daripada belakang. Aku melentukkan kepalaku di dadanya. Aku selesa diperlakukan begitu.
“Sayang buat apa dekat sini malam-malam macam ni. Sejuklah.”
“Saje. Ayang nak tengok permandangan yang indah ni. Tak pe. Ayang tau nanti ada orang boleh tolong panaskan ayang kalau ayang sejuk.”
Lantas Irfan memicit hidungku. “Sakitlah, abang ni.”
“Yela, ayang ngada-ngada sangat. Kalau sakit macam mane? Nak tengoklah kan abang risau.” Aku hanya mampu gelak. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.
“Abang, terima kasih kerana abang sentiasa ada di sisi ayang. Ayang tahu ayang banyak buat salah kat abang. Ayang abaikan abang. Ayang tak tunaikan tanggungjawab ayang unuk keluarga. Maaf.”
“Tak pe. Abang tak kisah pun dengan semua tu. Janji ayang sentiasa di sisi abang, abang dah bahagia. Abang sayang ayang sangat-sangat.” Lantas Irfan menghadiahkan satu kucupan di dahiku dan mengeratkan lagi pelukkannya di pinggangku.
“Tapi, ayang kena denda.”
“Denda? Ok. Ayang sanggup buat apa saja untuk abang.” Aku memandang muka Irfan.
“Ayang kena bagi abang anak banyak-banyak.”
“Abang! Kan dah ada 2. Abang nak berapa banyak lagi?” Mukaku mula merah.
“Ala.. Tak cukup.Kalau boleh abang nak satu team bola sepak.”
“Ha? Satu team bola sepak? Abang ingat ayang ni kilang ke?” Aku memandangnya pelik.
“Yup. Ayang kilang untuk anak abang je. Orang lain tak boleh.” Aku mengalihkan pandanganku.
“Abang! Tak nak la.” Aku menarik muncung panjang.
“Abang tak kira. Ayang dah janji tadikan? Cakap sanggup buat apa saja. Sekarang tak sanggup pula. Tak pe. Abang tak kira. Abang nak juga.” Lantas Irfan mengangkat aku ke atas katil setelah jendala di kamar ditutupnya. Aku bahagia. Sangat bahagia. Kini, aku mengerti. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sungguh bersyukur.
Posted by quan at 08:42
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerpen

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tajuk cerita yang korang nak carik? Type je kt bwh nie ha....

About Me

My photo
quan
Baru nk ceburi dalam bidang penulisan!!!!!
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  April (3)
      • My life
      • Peluang Kedua
      • Begitu Indah : Prolog
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  June (1)

Followers




Gratisan Musik
Dangling Purple Hearts
Watermark theme. Powered by Blogger.